| 1 |
Penyertaan terbuka kepada semua pengunjung Sambutan Hari Peneroka FELDA 2026 yang berumur 18 tahun ke atas. |
| 2 |
Penyertaan terbuka kepada kakitangan, pengunjung dan warga FELDA kecuali urus setia yang terlibat secara langsung dengan pengendalian cabutan. |
| 3 |
Peserta perlu berwakaf atau membeli mana-mana produk Waqaf FELDA dengan nilai minimum RM10 dalam tempoh kempen. |
| 4 |
Setiap transaksi wakaf atau pembelian bernilai RM10 melayakkan peserta menerima satu (1) penyertaan cabutan bertuah. Contoh: RM10 = 1 penyertaan; RM50 = 5 penyertaan; RM100 = 10 penyertaan. |
| 5 |
Kempen berlangsung sepanjang Sambutan Hari Peneroka FELDA 2026 iaitu dari 5 Julai 2026 hingga 7 Julai 2026 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang. |
| 6 |
Penyertaan akan direkodkan berdasarkan resit atau rekod transaksi yang sah daripada Waqaf FELDA. |
| 7 |
Cabutan bertuah akan dijalankan pada 7 Julai 2026 (Selasa), jam 4.00 petang di tapak program dan dicabut secara live di TikTok Rasmi Waqaf FELDA. |
| 8 |
Pemenang akan dipilih secara rawak daripada senarai penyertaan yang layak. |
| 9 |
Pemenang hendaklah boleh dihubungi oleh pihak penganjur maksimum tiga (3) kali semasa sesi cabutan dijalankan. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan, pihak penganjur berhak memilih pemenang baharu. |
| 10 |
Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dipindah milik kepada pihak lain. |
| 11 |
Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. |
| 12 |
Tiada had maksimum penyertaan – lebih banyak berwakaf atau membeli produk, lebih tinggi peluang untuk menang. |
| 13 |
Pihak Waqaf FELDA berhak untuk meminda terma dan syarat kempen ini tanpa notis awal sekiranya diperlukan. |